Sunday, 22 September 2013

semua resepi kuih-muih




A. KUIH PENYARAM















BAHAN-BAHAN:

1 bungkus tepung beras
1/2 kg tepung gandum
1/2 kg gula pasir
200 gm gula melaka
500 ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIA­KAN:

1) Ayak tepung beras bersama tepung gandum.
2) Masukkan gula pasir dan gaul rata.
3) Masukkan gula melaka yang sudah dibancuh dengan air dan tapis.
4) Gaul bersama tepung tadi. Gaul rata. 


5) Biarkan selama 6 hingga 8 jam barulah digoreng.
  

B. KUIH PUTERI MANDI




BAHAN-BAHAN:

1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan
 
INTI:
 
Sebiji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya
 
CARA MEMBUAT:

1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.

2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.

3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.

4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.

5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. 
Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.

6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.

D. KUIH BAHULU


BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
600 gm tepung
300 gm gula

CARA PENYEDIAAN:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. 

2. Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. 

3. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair. 

4. Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk. 

5. Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. 

6. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.

E. KUIH SAPIT

BAHAN-BAHAN:
220 gram tepung gandum
60 gram tepung beras
1 biji kelapa
5 biji telur
250 gram gula halus
500 ml air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:
1. Telur dan gula halus dipukul hingga rata.

2. Ayak tepung gandum bersama tepung beras.
 

3. Masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.
 

4. Masukkan santan perlahan-lahan dan kacau hingga adunan menjadi sebati.
 

5. Panaskan minyak bersama dengan acuan kuih Sapit.

6. Tuang satu hingga dua sudu adunan ke dalam acuan dan kapit ke dalam minyak untuk digoreng.


7. Apabila adunan telah kering, kulit kuih sapit akan menjadi keras di bahagian luar acuan.
 

8. Perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan.
 

9. Buka tudung acuan dan keluarkan isinya untuk dilipat denga segera.
 

10. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.



F. KUIH SERI MUKA

BAHAN-BAHAN ( SIZE LOYANG 22CM / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-

500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
300ml air dan 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yang tidak mudah hendak dapatkan daun pandan, boleh digantikan dgn 1 sudu teh pandan paste)


CARA-CARA

Untuk lapisan bawah:-

1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.

2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit.


3. Toskan beras pulut dan tidak perlulah lama-lama, sekejap saja pun boleh.


4. Satukan semua bahan-bahan di dalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.


5. Kukus diatas kukusan yang telah sedia mendidih selama 20-30 minit.


6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.


Untuk lapisan atas:-

1) Pukul gula bersama telur hingga kembang (sskejap saja pun boleh).

2) Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul dan dikacau lagi.


3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan tadi. Kemudian dipukul dan dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus.


4) Sekali lagi dengan kukus yang sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana saja. Kemudian letakkan loyang yang berisi pulut tadi itu ke dalam kukusan dan dengan perlahan tuangkan lapisan atas. 


5. Kukuslah selama 45min atau 1 jam.





G. PULUT PANGGANG


BAHAN-BAHAN (15 BATANG):

4 cawan beras pulut
4 cawan santan
Garam secukup masin
Serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkuk)
Beberapa helai daun pandan
Daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)

CARA-CARA :

1. Cuci beras pulut dengan air suam.


2. Masukkan santan, garam dan daun pandan.


3. Tutup dan masukkan dalam pembakar - tekan dekat 'rice' atau set sekitar 15 minit (kacau setiap 5 minit supaya pulut masak rata).


4. Bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudian potong panjang 10 inci dan lebar 5 inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya.


5. Ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang.


6. Ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah-tengah pulut tadi.


7. Tutup inti serunding daging dengan temukan kedua-dua hujung pulut supaya tertutup
gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
letak atas api dan balik-balikkan hingga kering


8. Kemudian bolehlah dimakan masa panas-panas.


C. KUIH KOSUI


BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sudu besar tepung pulut 

2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
6 cawan air
Sedikit air kapur
CARA: 

1. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut kacau di atas api sampai pekat.

2. Kukuslah sampai masak. 

3. Rahsianya dikacau dahulu supaya masaknya nanti kering dan cantik…


H. KATU MAYANG

BAHAN-BAHAN KUIH PUTU MAYANG : 

Tepung beras 250 gram  
Air 50 ml 
Air mendidih, kurang lebih 300 ml  
Garam 1/4 sudu teh  
Pewarna makanan merah dan hijau secukupnya

BAHAN-BAHAN KUAH KUIH PUTU MAYANG : 

Santan 1 liter dari 1 butir kelapa  
Daun pandan wangi 2 lembar  
Garam secukupnya  
Gula merah 300 gram, sisir

CARA MEMBUAT KUIH PUTU MAYANG :
1.     1. Rinjis tepung beras dengan air. Bungkus tepung dengan kain tipis. Panaskan.
    pengukus, kukus tepung selama 10 minit. Angkat.
2.     2. Tuang tepung dengan air mendidih sedikit demi sedikit sambil diaduk hingga rata.
3.      3. Bagi adunan menjadi tiga bahagian, tambahkan satu bahagian adunan dengan pewarna hijau. 
     
     4. Satu bagian lagi dengan pewarna merah dan sisanya biarkan tetap putih.
4.     Masukkan adunan dalam acuan, tekan hingga adunan keluar secukupnya. Angkat. 

     5.Alaskan tiap kuih dengan daun pisang.
5.     6. Panaskan pengukus, kukus adunan hingga masak kurang lebih 15 minit. Angkat.
6.    
            7. Kuah: Campur semua bahan, rebus di atas api sedang sambil terus diaduk hingga mendidih. Angkat dan saring.
7.      
     8. Sajikan Putu Mayang dengan kuahnya.


UNTUK 10 MANGKUK
TIPS:
 

1. Masukkan air mendidih secukupnya, jika adunan sudah lemas dan bisa dicetak, hentikan memasukkan air mendidih.
 

2. Jika ingin Kuih Putu Mayang lebih gurih, ganti saja air dengan santan.


I. BINGKA UBI


BAHAN-BAHAN

4 cawan ubi parut (anggaran 2 kg ubi kisar pun boleh)
1 cawan gula pasir
2 biji teh 
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
Sedikit mentega untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
Beberapa titik pewarna kuning
·                    

CARA-CARA

1. Kisar ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan untuk mengisar ubi yang lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu liat ubi. (Kalau ubi sudah parut terus sukat 4 cawan ubi).

2. Campurkan sagu yang liat itu dengan ubi tadi dalam mangkuk.


3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.


4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.


5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas dan bawah.


6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.


7. Sudukan beberapa sudu mentega dan ditaburkan di atas adunan.


8. Bakar selama 1 jam hingga 1 1/2 jam dan bergantung pada tahap kerak yang anda suka.


9. Bila sudah sejuk, baru cantik dipotong.




J. TAPAI

BAHAN-BAHAN

1 kg beras pulut
1/2 biji ragi- ditumbuk halus daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tidak ada bekas plastik pun boleh

CARA-CARA

1. Tanak pulut. Bagi menanak pulut supaya tidak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan.

2. Apabila sudah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata-ratakan. 
3. Tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi.

4. Kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum rata.
5. Setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari 



K. KELUPIS
BAHAN-BAHAN:

300 gm beras pulut - Basuh dan toskan
300 gm santan - tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Daun pandan - 2 helai
Garam - secukup rasa
Daun nyirik - secukupnya


CARA-CARA:

1. Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali, guna api perlahan. 

2. Biar sampai mendidih dan pecah minyak. 

3. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam.

4. Gaul hingga separuh masak dan santan kering. 

5. Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun nyirik. 

6. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak

No comments:

Post a Comment